Wednesday, September 30, 2009
Wednesday, September 23, 2009
Salam Aidilfitri...
كل عام وأنتم بخير
Salam aidilfitri diucapkan untuk semua keluarga dan sahabat yang mengenali diri ini...semoga madrasah Ramadhan yang baru sahaja selesai kita lalui mampu memberikan tarbiah yang berguna kepada kita untuk menempuhi 11 bulan yang mendatang sebelum kita bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang jika diizinkan Allah...
Dalam kegembiraan umat Islam menyambut ketibaan 1 Syawal,bertemu dengan sanak saudara, beramah mesra dengan jiran dan rakan,jangan kita lupa tentang satu hakikat bahawa ajal itu tidak pernah mengenal usia, muda atau tua, tidak memilih masa, ketika saat gembira atau saat berduka, tidak mengira jantina lelaki mahupun wanita...pada hari raya pertama yang baru sahaja berlalu meninggalkan kita,bertempat di salah sebuah masjid di Perak, sebaik sahaja imam selesai mengimami solat sunat Aidilfitri,bangun untuk menyampaikan khutbah eid, salah seorang jemaah di masjid tersebut telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada ketika itu juga...beliau yang juga merupakan kenalan kepada keluarga saya telah pergi selama-lamanya ketika umat Islam yang lain sibuk bergembira merayakan Aidilfitri ini.Semoga beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh...Al-Fatihah
Sunday, September 13, 2009
Friday, September 11, 2009
Ramadhan...
...dan syaitan pun merasa takut
Ada seorang manusia yang bertemu dengan syaitan di waktu subuh. Entah bagaimana awalnya, akhirnya mereka berdua sepakat mengikat tali persahabatan. Ketika waktu subuh berakhir dan orang itu tidak mengerjakan shalat, maka si syaitan pun sambil tersenyum bergumam, “Orang ini memang layak menjadi sahabatku..!”
Begitu juga ketika waktu dzuhur orang ini tidak mengerjakan shalat, si syaitan tersenyum lebar sambil berkata di dalam hati, “Rupanya inilah bakal teman sejatiku di akhirat nanti..!”
Ketika waktu asar hampir habis tetapi temannya itu dilihatnya masih juga asyik dengan kegiatannya, si syaitan mulai terdiam…… Kemudian ketika datang waktunya magrib, temannya itu ternyata tidak shalat juga, maka syaitan nampak mulai gelisah, senyumnya sudah berubah menjadi kecut. Dari wajahnya nampak bahwa ia seolah-olah sedang mengingat-ingat sesuatu.
Dan akhirnya ketika dilihatnya sahabatnya itu tidak juga mengerjakan shalat Isya, maka syaitan itu menjadi sangat panik. Ia rupanya tidak boleh menahan diri lagi, dihampirinya sahabatnya yang manusia itu sambil berkata dengan penuh ketakutan, “Wahai sahabat, aku terpaksa memutuskan persahabatan kita!” Dengan kehairanan manusia ini bertanya, “Kenapa engkau ingkar janji bukankah baru tadi pagi kita berjanji akan menjadi sahabat?”.
“Aku takut!”, jawab syaitan dengan suara gemetar. “Nenek moyangku saja yang dulu hanya sekali membangkang pada perintah-Nya, iaitu ketika menolak disuruh sujud pada Adam, telah dilaknatNya; apalagi engkau yang hari ini saja kusaksikan telah lima kali membangkang untuk bersujud padaNya. Tidak terbayangkan olehku bagaimana besarnya murka Allah kepadamu!”, kata syaitan sambil berlalu pergi.
Thank you bro...Abuhulwan
Wednesday, September 09, 2009
4 perkara mudah untuk mendapat pahala...
- Melihat wajah ibu kita... (bayangkan jika kita membahagiakan dan mentaati kedua mereka)
- Melihat Al-Quran... (apatah lagi membaca, memahami dan mengamal...)
- Melihat Kaabah dengan pandangan rindu...(rindu ingin ke sana beribadah kepada Allah)
- Melihat wajah orang-orang alim... (wajah yang tenang dan penuh ketaatan kepada Allah)
renungkanlah dan marilah sama-sama kita cuba mengamalkannya... :)
Monday, August 24, 2009
Selepas sahur...
Sunday, August 23, 2009
Wednesday, August 12, 2009
Ramadhan 2 Zaman -The Zikr-
Tuesday, July 07, 2009
Alhamdulillah
Sunday, June 21, 2009
Tuesday, May 26, 2009
Air Mata Keinsafan (Nazrey Johani)
Sunday, May 24, 2009
Terima Kasih Cikgu
Sabda Nabi SAW: Kelebihan orang alim berbanding dengan seorang abid ialah seperti kelebihanku berbanding dengan orang yang paling rendah di kalanganmu, firman Allah “Sesunguhnya orang yang takut kepada Allah ialah daripada kalangan ulama”. Sesungguhnya Allah dan para malaikat serta semua penghuni langit dan bumi dan juga semua hidupan di laut berselawat ke atas orang yang mengajar manusia tentang kebaikan.
Du’a to recite when you lost something….
“Innalillah wa-inna ilaihi raji’un – Truly to Allah we belong, and truly to Him shall we return”
Alhamdulillah, dapat lagi kita menghirup udara segar anugerah Allah kepada kita...untuk kita sama-sama menghayati dan mengerti nikmat sebenar Islam, kurniaan Tuhan untuk kita...
Sudah seminggu rasanya, saya tersentak dengan beberapa sms rakan-rakan lama sewaktu di SMAPK (thanks my friends) yang menyatakan tentang pemergian seorang sahabat seperjuangan dahulu...Mohd Farid Zakaria...beliau meninggal akibat virus infection di otaknya...semoga rohnya dicucuri rahmat...Al-Fatihah...
eemmm...umurnya baru 28 tahun...tapi itulah..mati itu tidak mengenal usia..tuakah kita...mudakah kita...semuanya akan pergi apabila tiba masanya...selalu juga kita terfikir..(betulkan..?) apabila ada sahabat yang pergi dahulu...pasti akan terlintas di fikiran...kita? entahlah...wallahuálam...hanya Tuhan sahaja yang lebih mengetahui...yang pasti...berusahalah kita menyiapkan diri untuk kehidupan yang abadi di dunia akhirat..."Truly to Allah we belong, and truly to Him shall we return”
Sunday, May 10, 2009
Amalkan Al-Ma'thurat setiap hari..
(Artikel ini saya ambil daripada hasil penulisan Ustz Shauqi Othman di http://ustazshauqi.blogspot.com/)
Al-Ma’thurat merupakan wirid dan doa harian yang diamalkan oleh Baginda Rasulullah SAW. Ia dikumpul dan disusun oleh al-Imam As-Syahid Hasan Al-Banna berdasarkan dalil-dalil yang sahih dan berdasarkan amalan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.Wirid, doa, zikir dan istighfar di dalam Al-Ma’thurat jika dibaca secara konsisten dan istiqamah akan memantapkan jiwa dan dapat mendidik hati agar sentiasa merindui Allah SWT di samping akan memberi kelapangan hidup dan kesihatan jasmani. Orang yang mengamalkan zikir Al-Ma’thurat akan merasakan perbezaan dari hari-hari yang tidak dimulakan dengannya. Begitulah antara kekuatan doa dan wirid di dalam Al-Ma’thurat.Bagi seorang mukmin masanya tidak boleh berlalu begitu sahaja. Di waktu pagi dan petang ia hendaklah sentiasa bertasbih, beristighfar, bertahmid dan berdoa kepada Allah SWT dengan zikir yang ma’thur (yang berasal dari Nabi SAW)Firman Allah SWT di dalam Surah Qaaf ayat 39 , Bermaksud : ‘ Maka bersabarlah kamu terhadap apa yang mereka katakan dan bertasbihlah sambil memuji Tuhan mu sebelum terbit matahari dan sebelum terbenamnya ’KELEBIHAN BACAAN AL-MA’THURATAntara kelebihan membaca Al-Ma’thurat ialah :
1. Ia dimulai dengan ucapan ‘Aku bermohon perlindungan Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui dari gangguan syaitan yang direjam’.
2. Bacaan Al-Fatihah di dalam Al-Ma’thurat merupakan bacaan yang agung. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : "Demi Allah yang nyawaku di tangan Nya, belum ada surah yang diturunkan di dalam Taurat, Injil, Zabur atau Furqan yang menandinginya. Dialah ‘Al-Sab’ul Mathani dan Quran yang agung yang diturunkan kepadaku".
3. Membaca surah al-Baqarah dalam zikir Ma’thurat juga memperolehi pahala yang besar. Sabda Rasulullah SAW bermaksud : "Sesiapa membaca sepuluh ayat dari Surah al-Baqarah di awal siang nescaya ia tidak akan didekati syaitan sehingga petang, jika dibaca di waktu malam pula nescaya syaitan tidak akan mendekatinya sehingga ke pagi. Tidak akan dilihatnya apa-apa yang buruk menimpa keluarganya atau hartanya ".
4. Membaca ayat Kursi juga akan menghindarkan diri dari gangguan syaitan. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Sesiapa membaca sepuluh ayat dari ayat-ayat surah al-Baqarah, ayat Kursi, dua ayat selepasnya dan hujung surah al-Baqarah nescaya syaitan tidak akan masuk ke dalam rumahnya sehinggalah ke pagi".
5. Di samping itu, doa-doa yang dimuatkan dalam al-Ma'thurat itu merupakan doa daripada nabi saw yang sewajarnya kita turut amalkan dalam kehidupan kita pada hari ini.