Monday, August 24, 2009

Selepas sahur...

Salam sahabat... hari ini sudah masuk hari ke-3 umat Islam berpuasa di bulan yang penuh barakah ini...bulan yang penuh rahmah, yang sentiasa didamba dan dinantikan kedatangannya oleh orang-orang yang merindukannya... emmm, pagi ni, selepas sahur saya cuba melayari internet...menyusuri web-web yang boleh saya 'pinjam' bahannya untuk dijadikan bahan tambahan untuk mengajar nanti...banyak sebenarnya ilmu di sini jika kita bijak memilihnya...sedang asyik menyusuri dan meneliti beberapa web sites dan blogs terjumpa pula satu blog kepada adik sahabat lama saya semasa di bangku sekolah....emmm...saya tertarik dengan muka depan blog sahabat ini...menyedarkan saya betapa rapatnya isteri kita kepada kita dan betapa suami isteri itu saling memerlukan...[bagi orang yg mentafsirkannya sebegitulah... :)]....apa yang ditulisnya....
WOMAN WAS MADE FROM THE RIB OF MAN
SHE WAS NOT CREATED FROM HIS HEAD TO TOP HIM
NOR FROM HIS FEET TO BE STEPPED ON
SHE WAS MADE FROM HIS SIDE TO BE CLOSE TO HIM
FROM BENEATH HIS ARM TO BE PROTECTED BY HIM
NEAR HIS HEART TO BE LOVED BY HIM...
Dalam pengertiannya kepada saya...insan yang lemah dan sering lupa... :)

No comments: