Wednesday, September 23, 2009

Salam Aidilfitri...

تقبل الله منا ومنكم

كل عام وأنتم بخير


Salam aidilfitri diucapkan untuk semua keluarga dan sahabat yang mengenali diri ini...semoga madrasah Ramadhan yang baru sahaja selesai kita lalui mampu memberikan tarbiah yang berguna kepada kita untuk menempuhi 11 bulan yang mendatang sebelum kita bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang jika diizinkan Allah...
Dalam kegembiraan umat Islam menyambut ketibaan 1 Syawal,bertemu dengan sanak saudara, beramah mesra dengan jiran dan rakan,jangan kita lupa tentang satu hakikat bahawa ajal itu tidak pernah mengenal usia, muda atau tua, tidak memilih masa, ketika saat gembira atau saat berduka, tidak mengira jantina lelaki mahupun wanita...pada hari raya pertama yang baru sahaja berlalu meninggalkan kita,bertempat di salah sebuah masjid di Perak, sebaik sahaja imam selesai mengimami solat sunat Aidilfitri,bangun untuk menyampaikan khutbah eid, salah seorang jemaah di masjid tersebut telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada ketika itu juga...beliau yang juga merupakan kenalan kepada keluarga saya telah pergi selama-lamanya ketika umat Islam yang lain sibuk bergembira merayakan Aidilfitri ini.Semoga beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh...Al-Fatihah

No comments: