Wednesday, September 23, 2009

Salam Aidilfitri...

تقبل الله منا ومنكم

كل عام وأنتم بخير


Salam aidilfitri diucapkan untuk semua keluarga dan sahabat yang mengenali diri ini...semoga madrasah Ramadhan yang baru sahaja selesai kita lalui mampu memberikan tarbiah yang berguna kepada kita untuk menempuhi 11 bulan yang mendatang sebelum kita bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang jika diizinkan Allah...
Dalam kegembiraan umat Islam menyambut ketibaan 1 Syawal,bertemu dengan sanak saudara, beramah mesra dengan jiran dan rakan,jangan kita lupa tentang satu hakikat bahawa ajal itu tidak pernah mengenal usia, muda atau tua, tidak memilih masa, ketika saat gembira atau saat berduka, tidak mengira jantina lelaki mahupun wanita...pada hari raya pertama yang baru sahaja berlalu meninggalkan kita,bertempat di salah sebuah masjid di Perak, sebaik sahaja imam selesai mengimami solat sunat Aidilfitri,bangun untuk menyampaikan khutbah eid, salah seorang jemaah di masjid tersebut telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada ketika itu juga...beliau yang juga merupakan kenalan kepada keluarga saya telah pergi selama-lamanya ketika umat Islam yang lain sibuk bergembira merayakan Aidilfitri ini.Semoga beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh...Al-Fatihah

Sunday, September 13, 2009

Lailatul Qadr...




Carilah Lailatul Qadr di sepuluh malam terakhir... :)

Friday, September 11, 2009

Ramadhan...





Sama-sama kita imarahkan malam-malam terakhir Ramadhan ini dengan penuh rasa kehambaan dan keinsafan...Insya-Allah

...dan syaitan pun merasa takut

Posted in Tazkirah on April 10, 2009 by jabalnurr...

Ada seorang manusia yang bertemu dengan syaitan di waktu subuh. Entah bagaimana awalnya, akhirnya mereka berdua sepakat mengikat tali persahabatan. Ketika waktu subuh berakhir dan orang itu tidak mengerjakan shalat, maka si syaitan pun sambil tersenyum bergumam, “Orang ini memang layak menjadi sahabatku..!”
Begitu juga ketika waktu dzuhur orang ini tidak mengerjakan shalat, si syaitan tersenyum lebar sambil berkata di dalam hati, “Rupanya inilah bakal teman sejatiku di akhirat nanti..!”
Ketika waktu asar hampir habis tetapi temannya itu dilihatnya masih juga asyik dengan kegiatannya, si syaitan mulai terdiam…… Kemudian ketika datang waktunya magrib, temannya itu ternyata tidak shalat juga, maka syaitan nampak mulai gelisah, senyumnya sudah berubah menjadi kecut. Dari wajahnya nampak bahwa ia seolah-olah sedang mengingat-ingat sesuatu.
Dan akhirnya ketika dilihatnya sahabatnya itu tidak juga mengerjakan shalat Isya, maka syaitan itu menjadi sangat panik. Ia rupanya tidak boleh menahan diri lagi, dihampirinya sahabatnya yang manusia itu sambil berkata dengan penuh ketakutan, “Wahai sahabat, aku terpaksa memutuskan persahabatan kita!” Dengan kehairanan manusia ini bertanya, “Kenapa engkau ingkar janji bukankah baru tadi pagi kita berjanji akan menjadi sahabat?”.
“Aku takut!”, jawab syaitan dengan suara gemetar. “Nenek moyangku saja yang dulu hanya sekali membangkang pada perintah-Nya, iaitu ketika menolak disuruh sujud pada Adam, telah dilaknatNya; apalagi engkau yang hari ini saja kusaksikan telah lima kali membangkang untuk bersujud padaNya. Tidak terbayangkan olehku bagaimana besarnya murka Allah kepadamu!”, kata syaitan sambil berlalu pergi.

Thank you bro...Abuhulwan

Wednesday, September 09, 2009

4 perkara mudah untuk mendapat pahala...

Salam Ramadhan...beberapa malam yang lalu seperti malam-malam yang sebelumnya, saya sedaya upaya cuba mengisi dan mengimarahkan malam ramadhan tahun ini dengan menghadiri majlis-majlis ilmu disamping solat terawih yang diadakan secara berjemaah...2 malam yang lepas, saya di surau Al-Amin, Keningau, mendengar tazkirah yang ringkas tetapi agak menarik perhatian saya...4 perkara yang amat mudah yang membolehkan kita memperoleh pahala dan kebaikan...menarik ya kan....tazkirah disampaikan oleh sahabat saya, ustaz Najmuddin Azizan...apa yang disampaikannya?... 4 perkara itu ialah
  1. Melihat wajah ibu kita... (bayangkan jika kita membahagiakan dan mentaati kedua mereka)
  2. Melihat Al-Quran... (apatah lagi membaca, memahami dan mengamal...)
  3. Melihat Kaabah dengan pandangan rindu...(rindu ingin ke sana beribadah kepada Allah)
  4. Melihat wajah orang-orang alim... (wajah yang tenang dan penuh ketaatan kepada Allah)

renungkanlah dan marilah sama-sama kita cuba mengamalkannya... :)