Friday, March 18, 2005

10 sebab doa tidak termakbul...

Satu ketika seorang lelaki datang berjumpa Ibrahim ibni Adham , Wahai Ibrahim sesungguhnya aku mempunyai masalah yang bila aku berdoa rasanya seperti tidak dimakbulkan dan bila aku melakukan sesuatu rasa seperti tidak diberkati, beritahukan padaku apakah puncanya....Ibrahim ibni Adham sambil tersenyum menjawab...wahai saudaraku sesungguhnya apa yang menimpamu adalah disebabkan .....

1. Kamu mengenali Allah tetepi tidak menunaikan hak-hakNya.
2. Kamu membaca kitabullah tetepi tidak mengamalkan isinya.
3. Kamu menyatakan mencintai Nabi tetapi benci akan sunnahnya.
4. Kamu tahu Syaitan itu musuh kamu tetapi masih jua mengikuti jejaknya.
5. Kamu ingin masuk Syurga tetapi tidak beramal yang mengarah ke sana.
6. Kamu tidak ingin ke Neraka tetapi beramal dgn amalan yg mengarah ke sana.
7. Kamu makan rezeki Allah tetapi tidak mensyukuriNya.
8. Kamu yakin mati itu benar tetapi tidak bersedia menghadapinya.
9. Kamu senantiasa mencari Aib orang lain sehingga lupa pada Aib kamu sendiri.
10. Kamu menghantar jenazah ke kuburan tetapi tidak mengambil iktibar bahawa kamu juga akan di makamkan
di sana.

No comments: