Dalam sejarah salafus soleh, tercatatlah salah seorang yang bernama Syuraih al-Qadhi. Suatu ketika as-Sya’bi bertanya tentang kehidupan rumahtangganya, dia mengatakan: “Sejak dua puluh tahun yang lalu, aku tak pernah melihat isteriku berbuat sesuatu yang membuatkan aku marah. Mulai dari malam pertama hingga kini yang aku lihat padanya adalah keindahan dan kecantikan belaka. Di malam pertama, aku berniat dalam hati untuk menunaikan solat dua rakaat sebagai ungkapan rasa syukurku kepada Allah S.W.T. Ketika aku menoleh mengucapkan salam, aku lihat isteriku pun turut bersolat di belakangku. Dia menghulurkan tangannya seraya berkata: “Selamat datang, wahai Abu Umayyah, alhamdulillah, aku memuji dan memohon pertolonganNya. Semoga selawat dan salam tetap melimpah kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan keluarganya. Sesungguhnya aku adalah perempuan asing bagimu. Aku tidak tahu akan akhlakmu. Terangkanlah kepadaku apa yang engkau senangi dan yang tidak engkau senangi. Apa-apa yang kau senangi akan aku cuba penuhi, dan apa yang tidak engkau senangi akan usahakan untuk menghindarinya. Aku yakin di antara kaummu pasti ada yang ingin mengkahwinkan wanitanya denganmu. Begitu juga dengan kaumku, ada lelaki sekufu denganku. Akan tetapi apa yang ditetapkan oleh Allah harus dilaksanakan. Kini aku milikmu, lakukanlah sesuai dengan yang diperintahkan Allah S.W.T. Aku mengucaplan ini dengan memohon ampun kepada Allah untuk diriku dan untuk dirimu…”. Selanjutnya Syuraih pun menghabiskan malam pertamanya dengan penuh kebahagiaan.
Friday, March 18, 2005
10 sebab doa tidak termakbul...
Satu ketika seorang lelaki datang berjumpa Ibrahim ibni Adham , Wahai Ibrahim sesungguhnya aku mempunyai masalah yang bila aku berdoa rasanya seperti tidak dimakbulkan dan bila aku melakukan sesuatu rasa seperti tidak diberkati, beritahukan padaku apakah puncanya....Ibrahim ibni Adham sambil tersenyum menjawab...wahai saudaraku sesungguhnya apa yang menimpamu adalah disebabkan .....
1. Kamu mengenali Allah tetepi tidak menunaikan hak-hakNya.
2. Kamu membaca kitabullah tetepi tidak mengamalkan isinya.
3. Kamu menyatakan mencintai Nabi tetapi benci akan sunnahnya.
4. Kamu tahu Syaitan itu musuh kamu tetapi masih jua mengikuti jejaknya.
5. Kamu ingin masuk Syurga tetapi tidak beramal yang mengarah ke sana.
6. Kamu tidak ingin ke Neraka tetapi beramal dgn amalan yg mengarah ke sana.
7. Kamu makan rezeki Allah tetapi tidak mensyukuriNya.
8. Kamu yakin mati itu benar tetapi tidak bersedia menghadapinya.
9. Kamu senantiasa mencari Aib orang lain sehingga lupa pada Aib kamu sendiri.
10. Kamu menghantar jenazah ke kuburan tetapi tidak mengambil iktibar bahawa kamu juga akan di makamkan
di sana.

Wednesday, March 16, 2005
Salam pertemuan...
Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah...setiap perkara yang baik itu bermula jika segala niat kita adalah baik jua...ruangan ini diwujudkan adalah untuk sama-sama kita berfikir dan menyumbangkan apa jua bentuk fikiran yang membina dan mampu mendidik kita ke arah yang lebih baik. Kita adalah makhluk Tuhan yang sentiasa belajar dan tidak akan berhenti belajar sejak kita dilahirkan dan Insya-Allah sehingga ke akhir hayat kita. Bersama-samalah kita menggunakan segala apa kemudahan yang ada untuk terus mengisi ruangan di dalam diri kita yang masih kosong ini dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat. Insya-Allah...kecemerlangan kita adalah satu bonus kepada agama kita...

Subscribe to:
Posts (Atom)